LIASH TRADING (M) SDN. BHD.
Membekal Baja Berkualiti, Membina Komuniti Pertanian
Membina Komuniti Tani
Kami komited membekalkan nutrisi tanaman berkualiti tinggi untuk hasil yang optimum dan tanah yang sihat.
VISI KAMI
Menjadi peneraju pembekalan baja yang berkualiti tinggi serta dipercayai dan dikenali ramai.
MISI KAMI
Misi kami adalah untuk membekalkan pelbagai jenis baja berkualiti yang boleh membantu pertumbuhan pokok, meningkatkan kesihatan tanah dan memaksimumkan hasil tanaman.
Sejarah Penubuhan Syarikat
Liash Trading diasaskan oleh Encik Mohd Alias Bin Md Yunus pada 1 April 2015 di Ulu Tiram, Johor sebagai sebuah perniagaan enterprise. Bermula dalam sektor pengangkutan, beliau kemudiannya beralih kepada penjualan baja selepas melihat keperluan dan potensi besar dalam sektor pertanian.
Dengan menitikberatkan kualiti dan kepercayaan pelanggan, Liash Trading berjaya membina reputasi kukuh di pasaran. Setelah hampir satu dekad bertapak, perniagaan ini berkembang menjadi sebuah syarikat Sendirian Berhad milik penuh bumiputera iaitu Liash Trading (M) Sdn. Bhd.
Penubuhan Liash Trading (M) Sdn. Bhd. lahir daripada hasrat tulus pengasasnya untuk membuka lebih banyak peluang kepada orang lain, menyumbang kepada pembangunan komuniti, dan menjadikan perniagaan ini sebagai saluran yang membawa manfaat lebih meluas kepada masyarakat.
En. Mohd Alias Bin Md Yunus
Pengasas & Pengarah Liash Trading (M) Sdn. Bhd.
Consumers' Choice Award (Anugerah Pilihan Pengguna)
No. Sijil: MTPN 8017 (2024 - 2025) | Majlis Tindakan Pengguna Negara (Malaysia)
Liash Trading (M) Sdn Bhd secara rasminya telah dipercayai dan dianugerahkan anugerah berprestij Consumers' Choice Award (Anugerah Pilihan Pengguna) oleh Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) untuk tahun 2024 - 2025. Pengiktirafan bertaraf kebangsaan ini membuktikan kesahihan operasi perniagaan, integriti servis pembekalan baja syarikat, serta reputasi cemerlang dan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi daripada komuniti petani dan pengguna di seluruh negara.